salam satu Malaysia.
satu hari tu aku pergi makan tengah hari di sebuah restoran bersama seorang rakan. sedang enak menjamu selera, terdengar bunyi hon sebuah kereta yang panjang dan berkali kali. semua pandangan tertumpu pada bunyi hon itu. rupa rupanya sebuah kereta berjenama hyundai i30 mahu keluar dari parking tetapi beliau telah di hadang oleh sebuah kereta produa viva yang betul betul berhenti di belakang keratanya. agak lama pemandu i30 itu membunyikan hon, tetapi tiada tindakan yang berlaku keatas perodua viva itu.
gambar block parking (contoh)
setelah lama membunyikan hon. datang seorang lelaki kearah pemandu i30 itu. tetapi beliau bukannya pemilik viva tersebut, tetapi pemilik proton persona yang di letakkan betul betul di sebelah i30 itu. setelah bercakap beberapa ketika, pemilik persona itu mengeluarkan keretanya dan memberi laluan untuk i30 itu keluar dari "penjara" buatan orang itu. mulia sungguh pemilik persona itu untuk membantu seorang rakyat yang memerlukan bantuan.
pada aku, kalau anda dah parking kereta anda, pastu block kereta orang pula, fikirlah dulu sebelum keluar dari kereta tu. jangan la menyusahkan orang lain yang berada disekeliling anda. kalau pun anda nak terberak sekalipun. TOLONGLAH ingat kat orang lain juga.
sekiranya anda mempunyai hal yang penting dan terpaksa block kereta orang, ingatlah beberapa perkara untuk memudahkan pengguna jalan raya yang lain seperti:-
1.tinggal nombor telefon anda di dashboard kereta anda.
sekiranya anda tiada di dalam kereta, nombor telefon itu dapat membantu orang yang diblock oleh anda. untung untung dapat jodoh. xnak ker? heheheh
2.turunkan handbreak kereta anda.
sekiranya anda tidak dapat keluar dalam masa yang singkat. turunkan handbreak kereta anda dan kunci kereta anda. memudahkan orang yang diblock untuk menolak kereta anda kehadapan atau kebelakang sedikit. tak mungkin dia akan menolak sehingga terlanggar kereta orang lain.
3. tinggalkan seorang waris didalam kereta.
memudahkan untuk berurusan dengan pemilik kereta yang diblock. waris boleh la mengalihkan kereta anda sedang anda menyelesaikan hal anda. pastikan waris anda mempunyai lesen D untuk ditinggalkan.
itu antara cara2 untuk memblock kereta orang di sesebuah parking. harap2 cara ini dapat la membantu sesiapa yang tak tahu cara parking block kereta orang.( ada ke orang yang tak tahu lagi?). jangan lah kita menyakiti hati orang lain dengan apa yang kita lakukan.
janganlah kita jadi orang yang berfikiran seperti Malaysia ini milik anda seorang. aku juga ada kena camtu. kalau ikutkan hati, berbekalkan sekeping duit syiling lima puluh sen, segaris panjang dari lampu hadapan kereta yang block kita tu, hingga lampu belakangnya. agak kejam dan tak berhati perut, tetapi berhati perut pula si pemblock kereta itu untuk memblock kereta kita?paling tidak pun, pancitkan tayar kereta beliau. :-)(please don't try this anywhere, jokes only hehehehe)
jadilah pemandu yang berhemah. berhemah bukan hanya di atas jalan raya. tetapi situasi sebegini juga perlukan pemandu yang berhemah.
terima kasih.


No comments:
Post a Comment