Monday, July 16, 2012
TRAGEDI JULAI
Bermulanya satu hari. Senang di kala siang. Tenang di kala malam. Sambil berborak dalam sms dengan teman wanita yang disayangi. Tanpa mengesyaki sesuatu akan berlaku pada hari itu.
Di jadikan cerita,hati aku baru sahaja sakit dengan kehadiran seorang jejaka dari tempat kerjanya yang cuba ingin mengurat awek aku ni. Katanya melalui sms, lelaki itu datang dari pejabat HR di tempat kerjanya. Sambil berborak melalui sms dengan awek aku, awek aku yang sedang berjalan di bandar meminta perbualan sms dihentikan kerana ingin ke tandas. Aku pun mengiyakan sahaja.
Tiba di tandas, agaknya lelaki HR itu tidak putus asa dan mungkin tidak menyukai kenyataan yang perempuan yang dia minat mempunyai teman lelaki. Lelaki HR itu yang dikenali sebagai Syafiq, membuat onar di tandas itu. Setelah lama aku menunggu sms dari awek aku ni, aku buat keputusan terus menghubungi dia. Bila aku hubungi, terdengar suara takut dan gementar dari awek aku bercakap dengan aku. Aku pun tanya "Kenapa?" suaranya terus menggeletar sambil bercakap dengan aku. Dibantu oleh 2 orang lagi yang aku kenal, Syafiq terus mengganggu awek aku di tandas itu.
Awek aku dijadikan tahanan di tandas itu. Di seksa. Aku yang ada di rumah, mendengar rintihan awek aku, tidak memikir panjang terus bertindak keluar untuk pergi ke tandas itu. Dalam perjalanan terjumpa seorang kawan,Arul dan aku terus mengajaknya pergi ke tandas itu. Kononnya ingin menjadi hero.
Dalam perjalanan, aku terus menghubungi awek aku. Tetapi dijawab oleh Syafiq. Sambil memaki hamun di telefon, aku meneruskan perjalanan ke tandas itu. Dalam perjalanan yang sama juga, aku jumpa seorang lagi kawan aku, Shah dan aku juga mengajaknya ke tandas itu.
Tiba tiba, pejalanan kami bertiga di ganggu oleh sekumpulan budak bermain basikal fixie. Mereka memperlahankan langkah pergi ke tempat yang di tuju. Aku terpikir, adakah Syafiq tahu yang kami sedang menuju ke tempatnya dan menghantar kumpulan fixie itu mengganggu perjalanan kami? Akhirnya kami bertiga dapat mengelak dari kumpulan fixie itu.
Perjalanan yang pendek menjadi panjang dengan gangguan dari kumpulan fixie itu. Aku yang sakit hati dengan Syafiq terasa ingin sahaja menghentak kepalanya ke lantai jika berjumpa. Dengan perasaan risau dan geram, kami meneruskan perjalanan. Perjalanan ke tandas itu semakin pendek.
Dan bila sampai di sebuah bukit yang berada tidak jauh dari tandas itu. Aku menghubungi awek aku sekali lagi, Syafiq menjawab panggilan itu, aku mendiamkan diri. Dengan terjawabnya panggilan itu, aku tahu yang Syafiq masih lagi berada di tandas itu. Baru sahaja kami menuruni bukit itu dengan rasa tidak sabar mahu memecahkan kepala si Syafiq itu, tiba tiba...............
PUUUFFFF!!!!! Aku terjaga dari tidur yang panjang. Hati yang sakit dan risau menjadi lega kerana tidak ada apa yang terjadi pada awek aku. Mimpi rupanya.... Tapi rasa tak puas ati plak tak dapat pecahkan kepala si Syafiq tu... hehhehehe...
Terima kasih kerana membaca post aku yang ni.... Assalamualaikum....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment