Monday, July 16, 2012

TRAGEDI JULAI

Bermulanya satu hari. Senang di kala siang. Tenang di kala malam. Sambil berborak dalam sms dengan teman wanita yang disayangi. Tanpa mengesyaki sesuatu akan berlaku pada hari itu. Di jadikan cerita,hati aku baru sahaja sakit dengan kehadiran seorang jejaka dari tempat kerjanya yang cuba ingin mengurat awek aku ni. Katanya melalui sms, lelaki itu datang dari pejabat HR di tempat kerjanya. Sambil berborak melalui sms dengan awek aku, awek aku yang sedang berjalan di bandar meminta perbualan sms dihentikan kerana ingin ke tandas. Aku pun mengiyakan sahaja.
Tiba di tandas, agaknya lelaki HR itu tidak putus asa dan mungkin tidak menyukai kenyataan yang perempuan yang dia minat mempunyai teman lelaki. Lelaki HR itu yang dikenali sebagai Syafiq, membuat onar di tandas itu. Setelah lama aku menunggu sms dari awek aku ni, aku buat keputusan terus menghubungi dia. Bila aku hubungi, terdengar suara takut dan gementar dari awek aku bercakap dengan aku. Aku pun tanya "Kenapa?" suaranya terus menggeletar sambil bercakap dengan aku. Dibantu oleh 2 orang lagi yang aku kenal, Syafiq terus mengganggu awek aku di tandas itu. Awek aku dijadikan tahanan di tandas itu. Di seksa. Aku yang ada di rumah, mendengar rintihan awek aku, tidak memikir panjang terus bertindak keluar untuk pergi ke tandas itu. Dalam perjalanan terjumpa seorang kawan,Arul dan aku terus mengajaknya pergi ke tandas itu. Kononnya ingin menjadi hero. Dalam perjalanan, aku terus menghubungi awek aku. Tetapi dijawab oleh Syafiq. Sambil memaki hamun di telefon, aku meneruskan perjalanan ke tandas itu. Dalam perjalanan yang sama juga, aku jumpa seorang lagi kawan aku, Shah dan aku juga mengajaknya ke tandas itu.
Tiba tiba, pejalanan kami bertiga di ganggu oleh sekumpulan budak bermain basikal fixie. Mereka memperlahankan langkah pergi ke tempat yang di tuju. Aku terpikir, adakah Syafiq tahu yang kami sedang menuju ke tempatnya dan menghantar kumpulan fixie itu mengganggu perjalanan kami? Akhirnya kami bertiga dapat mengelak dari kumpulan fixie itu. Perjalanan yang pendek menjadi panjang dengan gangguan dari kumpulan fixie itu. Aku yang sakit hati dengan Syafiq terasa ingin sahaja menghentak kepalanya ke lantai jika berjumpa. Dengan perasaan risau dan geram, kami meneruskan perjalanan. Perjalanan ke tandas itu semakin pendek. Dan bila sampai di sebuah bukit yang berada tidak jauh dari tandas itu. Aku menghubungi awek aku sekali lagi, Syafiq menjawab panggilan itu, aku mendiamkan diri. Dengan terjawabnya panggilan itu, aku tahu yang Syafiq masih lagi berada di tandas itu. Baru sahaja kami menuruni bukit itu dengan rasa tidak sabar mahu memecahkan kepala si Syafiq itu, tiba tiba...............
PUUUFFFF!!!!! Aku terjaga dari tidur yang panjang. Hati yang sakit dan risau menjadi lega kerana tidak ada apa yang terjadi pada awek aku. Mimpi rupanya.... Tapi rasa tak puas ati plak tak dapat pecahkan kepala si Syafiq tu... hehhehehe... Terima kasih kerana membaca post aku yang ni.... Assalamualaikum....

Wednesday, March 07, 2012

MALAYSIA LEAGUE

Malaysia league.... setelah bertahun bermain dengan ketiadaan pemain impot, akhirnya season ni datang gak awang2 impot yang sangat di perlukan oleh pasukan pasukan yang bertanding.... aku pulak terpikir....kemajuan untuk pasukan bola sepak dalam Malaysia ni memang akan meningkat.. tapi adakah kualiti pasukan kebangsaan kita akan meningkat sama? entah la....kita akan lihat keputusannya dalam masa beberapa tahun lagi... bila kita imbas kembali kan, pasukan Kebangsaan Malaysia erus meningkat naik setelah ketiadaan pemain impot. perasan atau tidak...dalam beberapa tahun tiada pemain impot, Malaysia menang pingat emas Sukan Sea di Laos pada tahun 2009. Malaysia memang AFF Suzuki Cup pada tahun 2010. dan Malaysia mengulanginya dan mempertahankan pingat emas pada Sukan Sea di Indonesia. tahniah buat pasukan kebangsaan dan pasukan kebanggaan kita...iaitu pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda. aku risaw pasal kualiti bola sepak Malaysia akan merudum jatu disebabkan datangnya awang impot ke negara kita. walaupun dengan hanya 2 orang yang dibenarkan untuk mewakili pasukan masing masing, tapi kebanyakan pasukan yang mengambil pemain impot adalah untuk menajamkan jentera serangan. adakah dengan datang nya pemain pemain penyerang ini akan membantutkan kelahiran penyerang dari dalam negara kita? itu yang aku takut. tahun tahun lepas, ramai yang menjadi bintang disebabkan tiada pemain impot yang mewarnai liga bolasepak kita. tapi aku harap sangat kita tidak ketandusan pemain pemain yang berkaliber untuk mewakili negara. wassalam....

Wednesday, February 08, 2012

bila bercinta...

bila bercinta....tajuk post aku yang kedua tahun ni.... pada aku, bercinta ni seronok...ramai org kate...cam kentut la...ape la...raja lawak kumpulan zero plak kate cinta ibarat kurap...makin digaru makin sedap....eheheh...dalam maksudnya tu.... cinta pada org yang aku nak kongsikan pendapat aku.... cinta ni boleh...tp bila bercinta ni, agak2 la kan....cinta sekarang susah nak cari cinta yang btul2 sejati dari dalam diri...semuanya penuh dengan lakonan...lakonan yang aku maksudkan ni lakonan sayang setia cinta rindu kat pasangan masing2....bukan lakonan pasal perangai okei! bila korg bercinta...adekah korg akan bg 100% komitmen untuk menyayangi pasangan korg tu?ade yang bg dan ade yang tidak...dan bila kita bg 100% kat pasangan kita...yang pompuan selalu yang jd mangsa....bile sang ppompupan tu da bg komitmen 100% kat laki dia...laki dia akan mengambil kesempatan.....paham paham je la ape yang aku maksudkan dengan kesempatan tu....si perempuan ni plak...da sayang 100% msti la caye se caye cayenye.... itu pown bakal mengundang padah gak klu da caye secaye cayenye....laki yang btul2 menyintai pasangannya msti tidak akan meminta apa2 yang negatif...dia akan menjaga pasangannya sampai sah menjadi isteri dia yang sah...itu baru la lelaki!!!
klu nak ckp pasal lelaki jd mangsa dalam 100% komitmen ni....jarang nak dengar la...tp kes biasa laki cume dipermainkan oleh perempuan idong belang...boleh ke aku ckp perempuan idong belang.....aku rase buleh....sebab perempuan juga ade berperilaku sebegitu....tidak semuanya....laki mesti nakkan seorang perempuan yang dudk bertakhta di hati meraka adalah yang sangat2 la cantik di mata mereka! itu la...bila da dapat....perempuan tu plak wat perangai....pasang 2 3 4 5 da seterusnya....perempuan tu taw yang dia adlah pisang goreng panas...so dia akan memegang prinsip, blah sorang, ramai g yang nak...perempuan cam tu pada aku, susah nak berubah walaupun da kawen...tp yang da brubah tu tahniah aku ucapkan...
bile x bg 100% komitmen plak....org ckp...kene la waspada dalam perhubungan...pendapat yang boleh diterima oleh otak aku....jangan la percaya sangat wlupun sayang gler....tp bile pasanagn kita x bg 100% kat kita...kita akan rase sesuatu yang xckup dalam perhubungan tu....ati akan sentiasa bertanya...nape dia x caye 100% kat aku???camtu kan...kebaikannya ni...bila xbg 100%, kita akan selamat dari menanggung "frust menonggeng" di kemudian hari...kita akan lebih selesa dalam idop kita seterusnya tanpa dia berada dalam diri... nampak x lakonan yang aku ckp ni....bila da bg 100%komitmen, ada salah satu pihak akan berlakon dalam perhubungan tu...bila x bg 100%komitmen plak, pasangan akan tduh kita tidak menyayanginya...dan dia akan label kita sayang kat dia hanya sebagai lakonan..... itu pendapat aku dalam cinta ni.... wassalam.....

Sunday, February 05, 2012

Post pertama lagik!

Asssalamualaikum...... post pertama aku lagi....tahun lepas....satu je post aku kat blog ni....ni sume pasal facebook....tinggal abes blog aku ni,.... hmm...citer aku kali ni....pasal gigi emas...msti korg rase pelik sebab x pasal2 aku nak post pasal gigi emas kan? sedang aku menonton televisyen LG 42 inci milik kawan umah aku ni....tetibe plak aku terpikir pasal nenek aku pernah pakai gigi emas dlu..datang dari mane idea tu pown aku x taw...heheheh.... sebenarnya ape gigi emas ni....kebanyakkan yang aku tengok orng yang memakai gig emas ni adalah golongan warga emas...tapi sekarang jarang untuk aku melihat orang yang memakai gigi emas... korg pown mesti pernah melihat dan mungkin org yang berdekatan dengan korg ada memakai gig emas kan?aku dulu kecik2, tgk nenek aku pakai gigi emas, aku tgk plik jer...dan sampai sekarang aku x taw apa yang tersirat di dalam pemakaian gig emas itu..heheeh.... aku pown x terlintas nak pegi tanye nenek aku pasal gigi emas ni...nnti la aku balik kampung, klu aku teringat, aku akan tnye nenek aku...heheheh....cam x sabar nak balik la plak.... so ini sahaja la post aku untuk kali ni...mungkinb untuk tahun ni...ahhahaha.... sekian... wasslam....
ni bukan la gambar nenek aku...tp ....senyuman nenek ini begitu menawan.....:)