satu malam di hari raya..aku baru menghidupkan motor ku untuk pergi menyaksikan perlawanan bola sepak diantara negeri sembilan menentang kl plus bersama sama rakan rakan ku...selepas aku menghidupkan motor ku yang kupanggil honda ex lima, aku pegi untuk membuka pintu pagar rumahku....
tiba tiba....aku terlihat dua buah lampu seakan akan projektor besar sebesar lampu gelanggang futsal beterbangan diawang awangan...pergerakkannya sunguh perlahan....perlahan dan perlahan mendekati aku....aku amati rupa bentuknya yang tidak berapa kelihatan di kala kegelapan malam...
aku terus memerhatikan pergerakkan lampu itu...ketika lampu itu hendak melepasi ruang udara rumahku, pergerakkannya semakin laju....dan aku tidak teragak agak untuk mengekorinya menggunakan khidmat honda ex lima aku...seminit aku mengekorinya,semakin laju pergerakkannya....kepala ku keatas,honda ku kehadapan....terfikir sejenak jika ada yang melintas dihadapanku ketika kepala ku menjenguk keatas...............................................
dua minit aku mengekorinya.....semakin laju pergerakkan nya.....tidak dapat untukku mengejarnya...hilang dari pandangan......
aku meneruskan perjalananku ke stadium untuk meneruskan hajat di hati....tiba di satu jalan, aku terserempak lagi sekali lagi dengan lampu itu....pergerakkannya perlahan...tetapi tidak menghala ke arah ku....kepalaku kekanan,hondaku ke hadapan.....perlahan aku membawa hondaku..ku amati bentuknya...seakan kapal terbang....tapi dihati mengatakan bukan...kerana tidak pernah kulihat sebuah kapal terbang mempunyai dua buah lampu sebesar itu....
sekali lagi hilang dari pandangan mata kasarku..aku mendapat tahu rakan ku kemalangan...aku terus menjenguk rakan ku yang berkeadaan baik..tetapi keretanya agak teruk..balik kepada cerita..setelah selesai dengan kemalangan rakan ku, aku bertolak balik kerumah tanpa ingin memenuhi hajat yang tebuku dihati..setibanya di taman perumahanku...kali ketiga kuterserempak dengan lampu itu!!!!
aku bertekad untuk membuka semua panca indera ku untuk memastikan apa yang sedang terbang diudara...sedang kuperhati...sedang ku dengari...sedang ku amati....bentuknya kapal terbang,bunyinya kapal terbang tetapi mempunyai dua buah spotlight yang besar....
terjawab sudah persoalan yang berlegar legar difikiran....ku fikirkan aku mendapat rezeki untuk melihat sebuah "objek terbang yang tidak dikenal pasti" ataupun bahasa inggeris menyebut "unknown flying object" ataupun paling mudah "UFO"..tetapi ia adalah sebuah kapal terbang yang mempunyai dua buah lampu yang sebesar lampu gelanggang futsal...tetapi sememangnya aku tidak pernah melihatkan objek sebegitu....
No comments:
Post a Comment