pada 24 april yang lalu...baru sahaja aku membayar kepada sebuah cyber cafe setelah aku menggunakan khidmatnya...aku keluar dari cyber cafe itu aku ternampak beberapa orang sedang menolak sebuah kereta Toyota Avanza yang dikatakan kehabisan kuasa bateri. kemudian tanpa berpikir panjang aku pun membantu mereka kerana aku rasakan dengan pertolongan aku boleh la masalah itu diselesaikan. kemudian kami menolak kereta itu berkali kali sehingga semuanya kepenatan. tetapi masalah itu tidak juga selesai. semua orang yang menolaknya sudah kecewa. kemudian seorang pemilik kereta itu berbangsa india berterima kasih kepada kami semua kerana membantunya.
dalam perjalanan balik kerumah aku yang terletak di seremban aku terfikir kejadian begini jarang jarang ditemui kerana mempunyai semangat 1 Malaysia yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri kita. dalam 4 orang yang menolaknya, 2 orang daripadanya adalah berbangsa melayu termasuklah aku, seorang lagi berbangsa cina dan seorang lagi berbangsa india yang bersahabat dengan orang yang memandu, juga berbangsa india.
semangat begini la yang PM kita mahukan. semangat 1 Malaysia yang terjadi tanpa disedari sesiapa.aku rasa berbangga dapat menjadi sebahagian daripada kejadian ini.
*xpasti Barisan Nasional Bley Menang di Hulu Selangpr...
No comments:
Post a Comment