Wednesday, March 07, 2012
MALAYSIA LEAGUE
Malaysia league....
setelah bertahun bermain dengan ketiadaan pemain impot, akhirnya season ni datang gak awang2 impot yang sangat di perlukan oleh pasukan pasukan yang bertanding....
aku pulak terpikir....kemajuan untuk pasukan bola sepak dalam Malaysia ni memang akan meningkat.. tapi adakah kualiti pasukan kebangsaan kita akan meningkat sama? entah la....kita akan lihat keputusannya dalam masa beberapa tahun lagi...
bila kita imbas kembali kan, pasukan Kebangsaan Malaysia erus meningkat naik setelah ketiadaan pemain impot. perasan atau tidak...dalam beberapa tahun tiada pemain impot, Malaysia menang pingat emas Sukan Sea di Laos pada tahun 2009. Malaysia memang AFF Suzuki Cup pada tahun 2010. dan Malaysia mengulanginya dan mempertahankan pingat emas pada Sukan Sea di Indonesia. tahniah buat pasukan kebangsaan dan pasukan kebanggaan kita...iaitu pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda.
aku risaw pasal kualiti bola sepak Malaysia akan merudum jatu disebabkan datangnya awang impot ke negara kita. walaupun dengan hanya 2 orang yang dibenarkan untuk mewakili pasukan masing masing, tapi kebanyakan pasukan yang mengambil pemain impot adalah untuk menajamkan jentera serangan. adakah dengan datang nya pemain pemain penyerang ini akan membantutkan kelahiran penyerang dari dalam negara kita?
itu yang aku takut. tahun tahun lepas, ramai yang menjadi bintang disebabkan tiada pemain impot yang mewarnai liga bolasepak kita. tapi aku harap sangat kita tidak ketandusan pemain pemain yang berkaliber untuk mewakili negara.
wassalam....
Subscribe to:
Comments (Atom)



