Sunday, November 14, 2010

Vettel Juara Dunia Formula Satu 2010!!!!


akhirnye....budak kemalangan ataupun crash kid telah menjadi juara dunia pada tahun 2010....pelumbaan di abu dhabi menjadi titik noktah kepada siapa yang menjadi juara dunia pada tahun ini....

tahniah kepada Sebastian Vettel kerana kecekalan untuk menjadi juara pada tahun ini...tahniah juga kepada lewis hamilton kerana dapat menyajikan satu aksi yang amat menarik ditontonseluruh dunia..walaupun tidak memenangi kejuaraan pada tahun ini....lewis pasti bangkit untuk tahun hadapan....

button juga tidak dilpa kerana dapat bangkit dari musim yang agak lesu untuk menaiki podium terakhir di abu dhabi...

perlumbaan akhir yang amat dramatik untuk tahun ini..walaupun tidak banyak kemalangan yang berlaku....tetapi kesilapan pasukan ferrari untuk memasukkan fernando alonso kedalam pit seawal mungkin memakan diri sendiri kerana fernando alonso terlepas kejuaraan dari genggaman...

3 tahun yang berbeza dari tahun 08 hingga 10 semuanya mempunyai juara yang berbeza....pada 2008 lewis hamilton telah menjadi juara dunia. pada 09 jenson button telah menjadi juara dan pada tahun 2010, sebastian vettel telah menjadi juara dunia yang baru...ketiga tiganya menaiki podium pada perlumbaan di abu dhabi...

untuk tahun 2010 yang penuh aksi ini,sebastian vettel telah menunjukkan satu peningkatan yang amat ketara kerana dari ketinggalan pada pertengahan musim,bangkit dan menjadi juara dunia.. fernando alonso pula tidak bernasib baik kerana ketika mendahului kejuaraan sebelum perlumbaan di abu dhabi, kesilapan pasukan menyaksikan beliau terlepas kejuaraan. rezeki juga tidak memihak kepada mark webber kerana tidak dapat merangkul kejuaraan. lewis hamilton juga tidak mempunyai rezeki yang baik kerana ketinggalan di penghujung musim disebabkan kemalangan 3 kali berturut2 yang dialaminya. dan jenson button banyak membantu untuk mclaren mercedes mengekalkan kedudukan kedua dalam kejuaraan pengeluar.

felipe massa dan michael shumacher adalah contoh pelumba yang tidak bersungguh sungguh dalam memburu kejuaraan. shumi tidak laju seperti yang diharapkan dan massa pula tidak membals jasa ferarri mengekalkannya dan berlumba hanya sekadar dapt mata. ferarri sanggup menyingkirkan kimi raikkonen yang menjuarai satu perlumbaan pada tahun 2009 tetapi, massan tidak membalas jasa mereka....

tahniah kepada SEBASTIAN VETTEL kerana menjuarai kejuaraan fFORMULA SATU 2010!!!!!!